Multimedia (Movie Maker)
29 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 28 Oktober 2017, Pusat Internet Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Multimedia (Movie Maker) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang, Sibu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada para peserta tentang Multimedia. (Movie Maker). Selain itu, program ini juga dapat memberi tunjuk ajar tentang cara menghasilkan Multimedia yang cantik dengan menggunakan perisian Window Movie Maker.
Seramai 11 orang peserta mengikuti kelas Multimedia (Movie Maker) ini. Kelas Multimedia (Movie Maker) berlangsung selama 2 jam dari pukul 2:00ptg sehingga 4:00ptg merangkumi aktiviti seperti tayangan video membuat Multimedia menggunakan Window Movie Maker di Youtube dan Taklimat Advokasi secara ringkas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: